Elemen kebudayaan di setiap negeri akan diterapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik masyarakat berkenaan antirasuah.

Menurut Timbalan Ketua Persuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bagi mencapai tujuan tersebut. Dalam pada itu, kempen kesedaran yang dijalankan  secara dalam talian akan diteruskan SPRM berikutan keterbatasan yang disyaratkan MKN bagi mengelak penularan COVID-19.

 http://www.onenews.my/elemen-kebudayaan-akan-diterapkan-dalam-mendidik-masyarakat-mengenai-antirasuah/